Pada 25-26 April 2008 telah berlangsung Kejohanan Tenis Beregu Lelaki. Kejohanan kali ini di adakan dalam dua kategori iaitu TERBUKA dan NOVICE.




Kategori NOVICE telah ditandingi oleh gandingan berikut:
1. Norazmi dan Md Noh Majid
2. Haris Paudi dan Zailan
3. Rusli dan Lim@ Halim
4. Nasaruddin dan Abu Deen
5. Rasaya dan Haji Zainuddin
6. Ruslan dan Mohamad Jamil
7. Amer dan Abdul Rani
8. Syed Ali dan Muda
Manakala bagi Kategori TERBUKA pula ditandingi oleh gandingan berikut:
1. Muhd Zaidi dan Ahmad Zaini
2. Nordin dan Nasirin
3. Sir Ishak dan Faris
4. Azahar dan Zulkornain
5. Syaril dan Ismail
Kelmarin juga kita dapat melihat kemunculan juara baru bagi kategori NOVICE. Beregu baru ini adalah gandingan Norazmi dan Md Noh Majid yang mengalahkan beregu Ruslan dan Mohamad Jamil 8-4. Bagi kategori TERBUKA pula, juara disandang oleh pasangan Muhd Zaidi dan Ahmad Zaini yang mengalahkan gandingan Nordin dan Nasirin 9-8 (10-8) dalam perlawangan yang sengit di mana keputusan ditentukan dalam tie-break.
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh YM Prof. Madya Tengku Yusof Tengku Mahmud, Pengarah Kampus merangkap penaung Kelab Tenis UiTMT yang telah hadir bersama isteri. Beliau melahirkan rasa gembira kerana penglibatan pensyarah dan staf dalam aktiviti Kelab Tenis telah bertambah dan berharap penglibatan yang lebih dimasa akan datang.
Antara penaja hadiah untuk Kejohanan kali ini adalah Syarikat DG. Tahniah kepada pemenang kategori TERBUKA dan NOVICE. Semua pemain telah pulang dengan hadiah masing-masing walaupun ada yang kalah dalam semua perlawanan. Yang penting adalah semangat kesukanan dan keakraban di antara warga kampus. Cuba lagi di kejohanan yang akan datang.
"Kemenangan bukannya mudah"