Monday, June 1, 2009

Karnival Sukan Staf

Pada 18 - 22 Mei 2009 telah berlangsung Karnival Sukan Staf Antara Kampus UiTM yang diadakan di Kampus UiTM Terengganu, Dungun.  










Belbagai acara sukan telah dipertandingkan. Antaranya, Tenis, Badminton, Pingpong, Futsal, bolasepak, squash dan beberapa sukan lain lagi.  Acara tenis telah bermula pada hari kedua karnival.  Pertandingan dibahagikan kapada kategori berpasukan, Individu dan beregu. Ramai pemain yang berbakat terutamanya dari Kontigen Sarawak, Melaka dan Perlis.  Walaubagaimanapun kontigen Terengganu bertarung bersungguh-sungguh untuk menjaga raputasi sebagai juara bertahan. 















Kesudahannya Kampus Terengganu menjuarai keseluruhan acara.  

ACARA BERPASUKAN  
Juara: Kampus Terengganu
Naib Juara: Kampus Perlis
Ketiga: Kampus Sarawak
Keempat: Kampus Pulau Pinang

ACARA PERSAORANGAN (Lelaki)
Juara: Ahmad Syaril (Kampus Terengganu)
Naib Juara: Nordin (Kampus Terengganu)
Ketiga: Pemain Kampus Sarawak
Keempat: Pemain Kampus Melaka

ACARA PERSAORANGAN (Wanita)
Juara: Mazni Muslim (Kampus Terengganu)
Naib Juara: Tengku Noraini Tengku Mahmud (Kampus Terengganu)
Ketiga: Pemain Kampus Perlis
Keempat: Pemain Kampus Johor

ACARA BEREGU
Juara: Nordin/Zaidi (Kampus Terengganu)
Naib Juara: Syaril/Azhar (Kampus Terengganu)
Ketiga: Nasirin/Ishak (Kampus Terengganu)
Keempat: Pemain Kampus Melaka










Bergambar bersama rakan-rakan dari kampus lain.










Tahniah! dan Syabas!

"Jangan Jadi Jagoh Kampung Je"

Monday, March 23, 2009

Saturday, February 21, 2009

MAKSAK

Berlangsung pada 20 Februari 2009 di Gelanggang Tenis Majlis Bandaran Kemaman.











Yang mengambil bahagian adalah
1. Encik Nordin
2. Encik Zaini
3. Encik Azhar
4. Encik Aris
5. Encik Zaidi
6. Encik Saupi
7. Encik Ishak
8. Encik Sharil













Ini adalah perlawanan serius yang pertama tahun ini yang disertai oleh pemain dari Kelab UiTM bagi persediaan untuk perlawanan antara Kampus dalam Sukan UiTM kelak. Ia adalah pendedahan yang penting untuk membiasakan ahli kepada suasana pertandingan dan juga untuk menguji keserasian gandingan bagi acara beregu.












Perlawanan ini menampakkan perlunya lebih banyak latihan dan pendedahan kepada pertandingan di luar kampus supaya pemain lebih berkeyakinan. Bagi pasangan beregu, perlu mempunyai regu yang tetap dan mantapkan gandingan.

"Mungkin lain kali lebih berjaya"

Friday, February 13, 2009

2009 Australia Open









Kejohanan Grand Slam 2009 Australian Open telah berlangsung di Melbourne Park, Melbourne, Australia dari 19 Januari hingga 1 Februari 2009.  

Rafael Nadal telah dinobatkan sebagai juara persaorangan lelaki dengan mengalahkan Roger Federer 7-5, 3-6, 7-6(3), 3-6, 6-2. Roger Federer masih kempunan untuk mendapatkan kejuaraan Grand Slam kali ke 14.

Pilihan kedua, Serena Williams berjaya menjuarai persaorang wanita untuk kali keempat dan Grand Slam ke sepuluh dengan mengalahkan pilihan ketiga Dinara Safina 6-0, 6-3.  Beliau juga menjuarai perlawanan beregu bersama kakaknya Venus Williams.

Regu lelaki pula dimenangi oleh adik beradik Bob dan Mike Bryan yang mengalahkan Mahesh Bhupathi dan Mark Knowles.




Perlawanan Persahabatan Dengan Kelab Cheneh

Pada 13 Februari 2009 telah berlangsung perlawanan persahabatan di antara Kelab Tenis UiTM Terenganu dengan Kelab Tenis Cheneh Terengganu.












Kelab Tenis Cheneh telah diketuai oleh Dr. Zaki bersama 14 orang ahli kelab.  Perlawanan telah berlangsung di gelanggang Kolej Tenggol dari 9.30 pagi hingga 6.00 petang.












Adalah menjadi hasrat Kelab untuk mengadakan lebih banyak lagi perlawanan persahabatan untuk mendedahkan ahli kepada situasi, teknik dan pemain yang berbeza.

"Main jangan tak main"

Tuesday, September 9, 2008

Tenis Terbuka U.S 2008








Roger Federer telah ditentang oleh Andy Murray dalam perlawanan akhir tenis, persaorangan lelaki Terbuka U.S 2008. Beliau menangi perlawanan tersebut dalam straight set, iaitu 6–2, 7–5, 6–2. Ia merupakan kejuaraan grand slam yang ke 13 dan kejuaraan Terbuka U.S kali ke lima. Federer kini kekurangan satu kejuaraan grand slam lagi untuk menyamai rekod Pete Sampras, iaitu 14 kejuaraan.








Dalam perlawanan tenis wanita pula, Serena Williams telah muncul juara setelah mengalahkan Jelena Jankovic dalam dua set 6–4, 7–5. Ini adalah perlawanan Grand Slam yang ke 9 bagi Serena dan beliau tidak kalah satu set pun sehingga ke peringkat akhir. Beliau kembali menjadi pemain wanita nombor satu dunia setelah memenanginya buat kali akhir pada tahun 2003. Kini pencapaian beliau boleh disamai dengan pencapaian pemain elit lain seperti Monica Seles.












Pemenang bagi beregu lelaki dimenangi oleh adik beradik Bob dan Mike Bryan.













Pemenang bagi kategori beregu wanita dimenangi oleh pasangan Cara Black dan Liezel Huber.

Jom turun training!!

Friday, July 18, 2008

Wimbledon 2008













Rafeal Nadal adalah pencabar terkuat bagi Juara Dunia Roger Federer. Beliau telah mengalahkan Federer dalam Terbuka Perancis sebanyak 4 kali iaitu, 2005, 2006, 2007 dan 2008. Di kejohanan Wimbledon 2008, Nadal telah berjaya mengalahkan Federer 6–4, 6–4, 6–7(5), 6–7(8), 9–7 lantas menutup peluang Federer untuk memenangi Kejohanan tersebut berturut-turut. Nadal kini menjadi pemain pertama selepas Bjorn Borg (1980) untuk memenangi Terbuka Perancis dan Wimbledon dalam tahun yang sama. Beliau adalah orang Sepanyol yang kedua untuk memenangi Wimbledon.

"Gaya seorang Juara"