Tuesday, September 9, 2008

Tenis Terbuka U.S 2008








Roger Federer telah ditentang oleh Andy Murray dalam perlawanan akhir tenis, persaorangan lelaki Terbuka U.S 2008. Beliau menangi perlawanan tersebut dalam straight set, iaitu 6–2, 7–5, 6–2. Ia merupakan kejuaraan grand slam yang ke 13 dan kejuaraan Terbuka U.S kali ke lima. Federer kini kekurangan satu kejuaraan grand slam lagi untuk menyamai rekod Pete Sampras, iaitu 14 kejuaraan.








Dalam perlawanan tenis wanita pula, Serena Williams telah muncul juara setelah mengalahkan Jelena Jankovic dalam dua set 6–4, 7–5. Ini adalah perlawanan Grand Slam yang ke 9 bagi Serena dan beliau tidak kalah satu set pun sehingga ke peringkat akhir. Beliau kembali menjadi pemain wanita nombor satu dunia setelah memenanginya buat kali akhir pada tahun 2003. Kini pencapaian beliau boleh disamai dengan pencapaian pemain elit lain seperti Monica Seles.












Pemenang bagi beregu lelaki dimenangi oleh adik beradik Bob dan Mike Bryan.













Pemenang bagi kategori beregu wanita dimenangi oleh pasangan Cara Black dan Liezel Huber.

Jom turun training!!