Tuesday, September 9, 2008

Tenis Terbuka U.S 2008








Roger Federer telah ditentang oleh Andy Murray dalam perlawanan akhir tenis, persaorangan lelaki Terbuka U.S 2008. Beliau menangi perlawanan tersebut dalam straight set, iaitu 6–2, 7–5, 6–2. Ia merupakan kejuaraan grand slam yang ke 13 dan kejuaraan Terbuka U.S kali ke lima. Federer kini kekurangan satu kejuaraan grand slam lagi untuk menyamai rekod Pete Sampras, iaitu 14 kejuaraan.








Dalam perlawanan tenis wanita pula, Serena Williams telah muncul juara setelah mengalahkan Jelena Jankovic dalam dua set 6–4, 7–5. Ini adalah perlawanan Grand Slam yang ke 9 bagi Serena dan beliau tidak kalah satu set pun sehingga ke peringkat akhir. Beliau kembali menjadi pemain wanita nombor satu dunia setelah memenanginya buat kali akhir pada tahun 2003. Kini pencapaian beliau boleh disamai dengan pencapaian pemain elit lain seperti Monica Seles.












Pemenang bagi beregu lelaki dimenangi oleh adik beradik Bob dan Mike Bryan.













Pemenang bagi kategori beregu wanita dimenangi oleh pasangan Cara Black dan Liezel Huber.

Jom turun training!!

Friday, July 18, 2008

Wimbledon 2008













Rafeal Nadal adalah pencabar terkuat bagi Juara Dunia Roger Federer. Beliau telah mengalahkan Federer dalam Terbuka Perancis sebanyak 4 kali iaitu, 2005, 2006, 2007 dan 2008. Di kejohanan Wimbledon 2008, Nadal telah berjaya mengalahkan Federer 6–4, 6–4, 6–7(5), 6–7(8), 9–7 lantas menutup peluang Federer untuk memenangi Kejohanan tersebut berturut-turut. Nadal kini menjadi pemain pertama selepas Bjorn Borg (1980) untuk memenangi Terbuka Perancis dan Wimbledon dalam tahun yang sama. Beliau adalah orang Sepanyol yang kedua untuk memenangi Wimbledon.

"Gaya seorang Juara"

Thursday, June 19, 2008

Berita Terbaru!!

1. Borang keahlian Kelab Tenis ada disediakan. Boleh dapatkannya dari setiausaha Kelab, Encik Nordin Said dan Penolongnya, Encik Muhd Zaidi Majid.

2. Beberapa perlawanan persahabatan yang akan diadakan.
Di antaranya, 2.1 Perlawanan dengan SATU
2.2 Perlawanan dengan KETENGAH
2.3 Perlawanan Dungun Tertutup anjuran bersama Kelab Tenis Dungun.

3. Pada yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk menyertai.

Saturday, June 7, 2008

Coming Soon!

Kelab akan mengadakan penjualan baju T tidak lama lagi.

Saturday, April 26, 2008

Kejohanan Tenis PSKK-Kelab Tenis UiTMT











Pada 25-26 April 2008 telah berlangsung Kejohanan Tenis Beregu Lelaki. Kejohanan kali ini di adakan dalam dua kategori iaitu TERBUKA dan NOVICE.













Kategori NOVICE telah ditandingi oleh gandingan berikut:
1. Norazmi dan Md Noh Majid
2. Haris Paudi dan Zailan
3. Rusli dan Lim@ Halim
4. Nasaruddin dan Abu Deen
5. Rasaya dan Haji Zainuddin
6. Ruslan dan Mohamad Jamil
7. Amer dan Abdul Rani
8. Syed Ali dan Muda
Manakala bagi Kategori TERBUKA pula ditandingi oleh gandingan berikut:
1. Muhd Zaidi dan Ahmad Zaini
2. Nordin dan Nasirin
3. Sir Ishak dan Faris
4. Azahar dan Zulkornain
5. Syaril dan Ismail

Kelmarin juga kita dapat melihat kemunculan juara baru bagi kategori NOVICE. Beregu baru ini adalah gandingan Norazmi dan Md Noh Majid yang mengalahkan beregu Ruslan dan Mohamad Jamil 8-4. Bagi kategori TERBUKA pula, juara disandang oleh pasangan Muhd Zaidi dan Ahmad Zaini yang mengalahkan gandingan Nordin dan Nasirin 9-8 (10-8) dalam perlawangan yang sengit di mana keputusan ditentukan dalam tie-break.












Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh YM Prof. Madya Tengku Yusof Tengku Mahmud, Pengarah Kampus merangkap penaung Kelab Tenis UiTMT yang telah hadir bersama isteri. Beliau melahirkan rasa gembira kerana penglibatan pensyarah dan staf dalam aktiviti Kelab Tenis telah bertambah dan berharap penglibatan yang lebih dimasa akan datang.











Antara penaja hadiah untuk Kejohanan kali ini adalah Syarikat DG. Tahniah kepada pemenang kategori TERBUKA dan NOVICE. Semua pemain telah pulang dengan hadiah masing-masing walaupun ada yang kalah dalam semua perlawanan. Yang penting adalah semangat kesukanan dan keakraban di antara warga kampus. Cuba lagi di kejohanan yang akan datang.

"Kemenangan bukannya mudah"

Wednesday, April 16, 2008

Selecting the Right Racquet


If you’re like most Tennis Warehouse customers, you already have an idea of the type of racquet you’re seeking. You want to upgrade from your current racquet - maybe you’re seeking more power, more control, more comfort... or a little of all three. Whatever your reason(s) for purchasing a new racquet, you have some basis on which to make your decision.

Then again, you may not have a clue as to which racquet is best for you and are simply motivated by a review you read. Add to the confusion the shear amount of racquets available and choosing the right racquet becomes pretty daunting! To make this process a little easier, here’s a primer on racquet characteristics and how they affect performance. We also suggest you read our racquet reviews where you’ll find detailed information from real tennis players on how a specific racquet performs on-court. Our Racquet Technologies section includes explanations and illustrations of racquet technologies and materials, such as nCode, Hot Melt, Liquidmetal, and F.I.R.E., to name a few. Finally, our General Racquet & String Terms provide definitions of terms that are used throughout our website to describe racquet and string performance.

Please visit:
http://www.tennis-warehouse.com/LC/SelectingRacquet/SelectingRacquet.html

Makluman Terbaru


1. Semua ahli Kelab Tenis UiTM Terengganu dikehendaki mengisi BORANG KEAHLIAN. Borang akan diedarkan tidak lama lagi oleh saudara setiausaha Encik Nordin Said.

2. Ahli adalah digalakkan untuk berlatih bila-bila ada waktu lapang dan ketika gelanggang tidak digunakan oleh pelajar (gelanggang Kolej Tenggol). Waktu yang digunakan untuk berlatih bagi pemain regular adalah di antara pukul 5.30 petang hingga 7.00 petang setiap hari (gelanggang Kolej Karah).

"Sentiasalah berlatih dan buangkan lemak yang berlebihan"

Senarai Ahli Kelab Terkini

Sehingga 15 April 2008, Ahli Kelab adalah seperti berikut:


01. YM Prof. Madya Tengku Yusof bin Tengku Mahmud (Pengarah)
02. Encik Mohamed Ishak bin Hj Badarudin (Pensyarah)
03. Encik Ahmad Zaini bin Shafei (Pejabat Bendahari)
04. Encik Nordin bin Said (Pejabat Pengarah)
05. Encik Mohd Zaidi bin Abdul Majid (Pejabat Bendahari)
06. Encik Zulkornain bin Salleh (Pejabat Bendahari)
07. Encik Azahar bin Adzmy (Pensyarah)
08. Encik Nasirin bin Abdillah (Pensyarah)
09. YM Tengku Noraini binti Tengku Mahmud (Pejabat Bendahari)
10. Encik Ismail bin Che Omar (Bahagian Pengurusan Fasiliti)
11. Encik Ahmad Syahril bin Abd Wahab (Bahagian Pengurusan Fasiliti)
12. Tuan Haji Zainuddin bin Zakaria (Pensyarah)
13. Encik Harith bin Mamat (Pengawal Keselamatan)
14. Encik Ruslan bin Mohamad (Pejabat Pendaftar)
15. Encik Zaharudin bin Alwi (Bahagian Sukan)
16. Encik Md Noh bin Majid (Pensyarah)
17. Encik Nor Azmi bin Mohd Nor (Pensyarah)
18. Encik Mohd Saupi bin Haji Said (Pensyarah)
19. Encik Rasaya a/l Marimuthu (Pensyarah)
20. Puan Azian bin Abdul Ghani (Pensyarah)
21. Cik Mazni bt Muslim (Pensyarah)
22. Puan Khadijah binti Hamzah (Pejabat Bendahari)
23. Cik Faliza binti Mahamad Ali (Pensyarah)
24. Cik Salinayanti binti Salim (Pensyarah)
25. Cik Jazira binti Anuar (Pensyarah)

Saturday, April 12, 2008

Coming Soon!!!

1. Kejohanan Tenis di bawah PSKK yang akan diadakan pada 25 & 26hb April 2008. Kepada mereka yang ingin menyertainya, eloklah mula menjalani latihan dari sekarang. Hadiah yang disediakan cukup menarik.

2. Jika mendapat kelulusan, Kelab Tenis UiTM Terengganu akan menganjurkan satu kejohanan tertutup seluruh UiTM dan terbuka untuk jemputan sahaja (Petronas / Optimal / Kelab Dungun) di Gelanggang Kelab Dungun. (Sumber Maklumat: Muhd Zaidi Majid)

Pertandingan Tenis Persahabatan











Pertandingan Tenis Beregu Persahabatan Dalaman telah diadakan pada hari Jumaat 11 April 2008. Enam pasukan beregu telah beraksi untuk menunjukkan kehandalan masing-masing. Pertandingan berlangsung sehari suntuk (Dari 8.30 pagi hingga 7.15 petang). Gelanggang Kolej Tenggol dan Karah telah digunakan.











Keputusan Pertandingan adalah seperti berikut:

Round Robin:
Kumpulan A:
Pasangan Nordin dan Zolkarnain tewaskan Pasangan Syaril dan Ismail Omar 6-4
Pasangan Nordin dan Zolkarnain tewaskan Pasangan Azhar dan Ruslan 6-3
Pasangan Syaril dan Ismail tewaskan Pasangan Azhar dan Ruslan 6-3

Kumpulan B:
Pasangan Zaidi dan Harith tewaskan Pasangan Sir Ishak dan Faris 6-4
Pasangan Zaini dan Haji Zainuddin tewaskan Pasangan Zaidi dan Harith 6-3
Pasangan Sir Ishak dan Faris tewaskan Pasangan Zaini dan Haji Zainuddin 6-1

Separuh Akhir:
Pasangan Nordin dan Zolkarnain tewaskan Pasangan Zaidi dan Harith 8-2
Pasangan Sir Ishak dan Faris tewaskan Pasangan Syaril dan Ismail 8-4

Akhir:
Pasangan Sir Ishak dan Faris tewaskan Pasangan Nordin dan Zolkarnain 6-5

Penubuhan Kelab Tenis UiTM Terengganu

Ahli Kelab Tenis telah bermesyuarat pada 27 Mac 2008 dan bersepakat menubuhkan Kelab Tenis UiTM Terengganu.

Jawatankuasa Kelab Tenis adalah seperti berikut:


Penaung: YM Prof. Madya Tengku Yusof bin Tengku Mahmud (Pengarah)
Pengerusi: Encik Mohamed Ishak bin Hj Badarudin (Pensyarah)
Timbalan Pengerusi: Encik Ahmad Zaini bin Shafei (Pejabat Bendahari)
Setiausaha: Encik Nordin bin Said (Pejabat Pengarah)
Penolong Setiausaha: Encik Mohd Zaidi bin Abdul Majid (Pejabat Bendahari)
Bendahari: Encik Zulkornain bin Salleh (Pejabat Bendahari)

Ahli Jawatankuasa
1. Encik Azahar bin Adzmy (Pensyarah)
2. Encik Nasirin bin Abdillah (Pensyarah)
3. YM Tengku Noraini binti Tengku Mahmud (Pejabat Bendahari)
4. Encik Ismail bin Che Omar (Bahagian Pengurusan Fasiliti)
5. Encik Ahmad Syahril bin Abd Wahab (Bahagian Pengurusan Fasiliti)

Yuran Keahlian ditetapkan pada RM20 sebulan.